Orang selalu berkata pasti ada ujian yang Allah turunkan pada setiap pasangan yang akan berkahwin. Samada masa
sedang bercinta, di alam pertunangan especially waktu
menyiapkan diri kegerbang perkahwinan atau selepas diijab
kabulkan.
Dugaan pulak akan datang dalam macam2 bentuk
dan dari pelbagai pihak.
Dari diri sendiri, pasangan, keluarga, kawan2, majikan,
pekerjaan, masa, peluang atau ancaman. Masalahnya pulak
dikategorikan dalam pelbagai size kecil, sederhana, besar, complicated, can be solved, simple or nothing can be
done...salah satunya berkenaan kewangan.
Pada asalnya sebelum berkahwin alhamdulillah semua
cukup. Yelah setakat nak lepaskan diri sendiri semuanya ok.
Macam aku yg ketika itu masih dibawah tanggungan abah & mama walaupun sudah ada gaji sendiri tetapi kadang2 abah
hulur jugak.
Alhamdulillah sepanjang 3 bulan proses berkenal dan
bercinta kami bertunang dan sepanjang 6 bulan kami
bertunang tiada masalah besar dan merumitkan yg timbul.
Orang kata pasti akan ada dugaan semasa bertunang tetapi kami
alhamdulillah semua smooth (aku pasti cabarannya
akan tiba jugak.)
Nahh...sekarang kami berdua dapat merasakan ujian yg mendatang. Satu persatu dan bertimpa timpa...tapi aku tahu pasti ada jalan penyelesaiaannya dan tentunya perlukan pengorbanan. Sebagai isteri merangkap penasihat aku perlu memainkan peranan dalam membantu menyelesaikan masalah dan mengurangkan beban yang
ditanggung. Masa inilah kita menguji kesabaran, kejujuran
dan kesanggupan kita dalam mengharungi kesulitan di alam
rumah tangga.
Harapan ku semuanya berjalan baik seperti yang dirancang...
Insya Allah....



No comments:
Post a Comment