Friday, February 3, 2012

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

Tak sangka surah yang begini pendek ada tersirat cerita, makna dan khasiat yang sangat banyak dan menarik....
"Innaa ak'thoina'kalkautsar, fasollilirabbikawanhar, innashaania'kahuwal abtar".
Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek. Hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Mekah.
Surah ini bermaksud SUNGAI DI SYURGA.
  • Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
  • Rasanya lebih manis daripada madu
  • Warnanya pula lebih putih daripada susu dan
  • Lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, Insya'allah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Harap sangat saya boleh amalkan. 

POSITIVE 

No comments:

Post a Comment