Saturday, March 3, 2012

Ulangtahun

Salam,

Dalam seminggu lebih ni sibuk sangat dengan kerja kat office sampaikan  nak buka email pun tak sempat. baru hari ni mcm ada masa skit sambil2 tunggu kain siap di basuh.
Aiik! basuh baju pukul 1pagi cik kak???
hahahahah...gara2 kena stayback kat office balik lambat. Plus td hujan turun lebat selebatnyer.
Tak kan tak boleh tunggu sampai esok pagi untuk basuh baju? jawapannya...mmg tak boleh.

Kenapa? Sebab pagi2 bangun awal nak melayan anakandaku yang sorang nih....  

Keluar2 dah bg senyuman paling manis kat ayah

Cover kepala botak...baru lepas majlis cukur jambul

Dah mula dpt kaki..memanjat je kerja si kecik ni

Klu dah girl tu girl la jugak..nak melawa no 1

Ibu...take my picture plssssss

Tgk tuh..muka cheeky dia tu...

During 2011 New Year Dinner @ Wau Penyu...sudu pun jd toy dia...
Gambar2 Dhia from new born till 1 year old

KU DHIA HAFIYA BINTI KU HAILMI


Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke-2 sayang. Perjalanan Dhia masih panjang. Ibu doakan anak ibu Sihat, gembira, ditemukan dengan orang2 yang baik sepanjang hidup Dhia....semoga Allah murahkan rezeki anak ibu dimana sahaja Dhia berada....Harapan ibu semoga Allah menjadikan Dhia anak yang solehah yang berjaya di dunia dan akhirat sentiasa membahagiakan kami orang tuamu......




Tiada party tiada kenduri..hanya doa ibu dan ayah serta kasih sayang Atok, Wan, Tok Wan, Paksu & Maksu yang ibu pasti mengiringi hari kelahiran Dhia yg ke 2 tahun.


Esok kita balik kg k...jumpa Atok n Wan!

BismillahirRahmanirRahim


"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar." -Surah At-Taghabun


Anak itu harta & Harta yang paling berharga adalah anak.

Salam

Monday, February 6, 2012

HAPPY BIRTHDAY MAMA



Hari ni Puan Salmiah binti Hasan genap berumur 59tahun..
Selamat Ulangtahun, semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki buat mama....
Nanti Ayu balik kita gi dinner ye.....

Ayu sayang Mama!

No picture pls! Hehehe.....



p/s: Dhia & Hailmi loves u too....!

Ujian



   Orang selalu berkata pasti ada ujian yang Allah turunkan pada setiap pasangan yang akan berkahwin. Samada masa sedang bercinta, di alam pertunangan especially waktu menyiapkan diri kegerbang perkahwinan atau selepas diijab kabulkan. 

   Dugaan pulak akan datang dalam macam2 bentuk dan dari pelbagai pihak. Dari diri sendiri, pasangan, keluarga, kawan2, majikan, pekerjaan, masa, peluang atau ancaman. Masalahnya pulak dikategorikan dalam pelbagai size kecil, sederhana, besar, complicated, can be solved, simple or nothing can be done...salah satunya berkenaan kewangan. 

  Pada asalnya sebelum berkahwin alhamdulillah semua cukup. Yelah setakat nak lepaskan diri sendiri semuanya ok. Macam aku yg ketika itu masih dibawah tanggungan abah & mama walaupun sudah ada gaji sendiri tetapi kadang2 abah hulur jugak. Alhamdulillah sepanjang 3 bulan proses berkenal dan bercinta kami bertunang dan sepanjang 6 bulan kami bertunang tiada masalah besar dan merumitkan yg timbul. Orang kata pasti akan ada dugaan semasa bertunang tetapi kami alhamdulillah semua smooth (aku pasti cabarannya akan tiba jugak.) 

   Nahh...sekarang kami berdua dapat merasakan ujian yg mendatang. Satu persatu dan bertimpa timpa...tapi aku tahu pasti ada jalan penyelesaiaannya dan tentunya perlukan pengorbanan. Sebagai isteri merangkap penasihat aku perlu memainkan peranan dalam membantu menyelesaikan masalah dan mengurangkan beban yang ditanggung. Masa inilah kita menguji kesabaran, kejujuran dan kesanggupan kita dalam mengharungi kesulitan di alam rumah tangga. 

Harapan ku semuanya berjalan baik seperti yang dirancang... 

Insya Allah....








Friday, February 3, 2012

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

Tak sangka surah yang begini pendek ada tersirat cerita, makna dan khasiat yang sangat banyak dan menarik....
"Innaa ak'thoina'kalkautsar, fasollilirabbikawanhar, innashaania'kahuwal abtar".
Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek. Hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Mekah.
Surah ini bermaksud SUNGAI DI SYURGA.
  • Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
  • Rasanya lebih manis daripada madu
  • Warnanya pula lebih putih daripada susu dan
  • Lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, Insya'allah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Harap sangat saya boleh amalkan. 

POSITIVE 

Thursday, February 2, 2012

1st appearance after so long......

When we look back on our younger years, we will remember the people who went to school with us, the people who made us laugh, the people who hung out with us when nobody else would, and the people who made our lives much better simply by being a part of it.

There may be somebody who is thinking about you RIGHT NOW and wishing that you were around. That's the wonderful thing about friendship-you always feel loved and cared about. For me.. the most important thing to remember is... Always appreciate the friends that you have.  Whether we realise it or not, everyone we know is very special to us.

To be frank..I dont have alot of friends but along the way I knew i met with lots of good, helpful, thoughtful friends....


From the bottom of my heart...to all friends who knew me and still remember me...
I want to say i'm sorry if i'm not there when u guys need me...i'm here, still here sometimes invisible but never try to runaway.....I do sometimes be very preserve....but
hey....maybe this is the best time to change...
To be better than yesterday......

Thanks for your support!


Salam